fbpx

Kerajaan tidak beri subsidi kepada telur import

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA- Kerajaan tidak memberikan subsidi kepada telur ayam import seperti yang dinikmati pengeluar telur ayam tempatan bagi memenuhi bekalan bahan mentah itu dalam negara, ketika ini.

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS) berkata, susulan itu, sebarang perbelanjaan dan risiko mengimport akan ditanggung sepenuhnya oleh syarikat pengimport selain tiada dana awam digunakan.

“Pada 6 Disember 2022, Datuk Seri Mohamad Sabu mengumumkan kebenaran bagi mengimport telur dari sumber luar sebagai langkah sementara untuk mencukupkan kekurangan bekalan telur dalam negara yang agak meruncing sejak Oktober 2022.

“Maka kelulusan khas sementara sehingga 30 Jun 2023 telah diberikan kepada syarikat J&E Advance Tech Sdn. Bhd. dan syarikat pengeksport telur di India yang mempunyai kapasiti pembekalan dan juga sedang membekalkan telur ke Qatar ketika Piala Dunia 2022.

“Jadi, kebenaran mengimport telur ayam boleh ditamatkan pada bila-bila masa apabila bekalan telur dalam negara telah pulih dan stabil,” katanya dalam satu kenyataan, di sini tadi.

Jelasnya, Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) serta Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia (DVS) turut melaksanakan kawalan kemasukan telur import di pintu masuk negara bagi memastikan rakyat menerima telur ayam import yang selamat serta bersih.

“Kawalan ini dilaksanakan secara ujian Hold, Test and Release (HTR) merangkumi ujian PCR untuk pengesanan bakteria Salmonella, virus Newcastle Disease dan Avian Influenza.

“Hanya telur ayam yang lepas ujian HTR sahaja yang dibenarkan masuk ke negara ini. Setakat ini tiada telur ayam yang diimport yang gagal ujian ini,” jelasnya.

Justeru, katanya, mana-mana syarikat yang ingin mengimport haiwan dan produk haiwan perlu merujuk DVS bagi memastikan negara sumber tersenarai dalam negara yang diluluskan.

“Bagi negara yang belum diluluskan, Analisa Risiko Import perlu dijalankan terlebih dahulu.

“Setelah melepasi analisa tersebut dan diluluskan di peringkat kementerian, baharulah produk tersebut dibenarkan untuk diimport,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI