fbpx

Kempen derma darah di masjid sepanjang Ramadan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kasemani (dua dari kiri) menyampaikan cederahati kepada salah seorang pembantu perubatan yang menderma darah pada sambutan Hari Pembantu Perubatan peringkat Terengganu di Kuala Nerus, hari ini.

KUALA NERUS – Unit Tabung Darah Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) akan menjalin kerjasama dengan sekurang-kurangnya 30 masjid di negeri ini untuk menjayakan kempen menderma darah, sepanjang bulan Ramadan tidak lama lagi.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu, Datuk Dr Kasemani Embong berkata, kerjasama strategik berkenaan bertujuan memastikan bekalan darah untuk pesakit memerlukan pada bulan puasa mencukupi.

“Kita menyasar untuk memperolehi antara 30 hingga 50 beg darah setiap hari sepanjang Ramadan ini dan ia akan dilaksanakan pada waktu malam selepas umat Islam selesai menunaikan solat sunat tarawih,” katanya selepas merasmikan sambutan Hari Pembantu Perubatan peringkat Terengganu, di sini hari ini.

Kempen derma darah yang diadakan pada program sama berjaya mengumpul sebanyak 150 beg dalam kalangan pembantu perubatan seluruh Terengganu.

Kasemani optimis dengan strategi dijalankan tersebut, Unit Tabung Darah HSNZ tidak akan mengalami kekurangan bekalan darah pada bulan puasa yang akan bermula minggu depan.

Beliau berkata, setakat ini, unit tersebut turut mempunyai simpanan 700 beg darah yang boleh menampung penggunaan pesakit selama kira-kira dua minggu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI