fbpx

Dewan Rakyat: Langkah proaktif kerajaan bantu tarik pelabur luar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Kerajaan melalui Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) sentiasa mengambil langkah-langkah yang proaktif dalam usaha menarik pelaburan dalam pelbagai sektor di Malaysia.

Timbalan Menterinya, Liew Chin Tong berkata, usaha tersebut termasuk tindakan memperkemaskan semula fokus dan strategi semasa untuk memastikan pelabur-pelabur asing membuat pelaburan yang berterusan di Malaysia dan tidak beralih arah dari Malaysia ke negara lain.

“Antara faktor-faktor yang terus mengekalkan kedudukan Malaysia sebagai destinasi pilihan pelabur yang menarik untuk pengembangan global dan serantau adalah lokasi Malaysia yang strategik di Asia Tenggara yang membolehkan pelabur mendapat akses pasaran yang luas.

“Selain itu, rantaian bekalan yang mantap, ekosistem dan infrastruktur yang kukuh serta persekitaran perniagaan yang kondusif di dalam negara seperti ekosistem sektor elektrikal dan elektronik, peranti perubatan, industri halal serta industri sokongan kejuruteraan seperti perkhidmatan ‘mould’ dan ‘die’, ‘metal casting’, ‘metal fabrication’ dan perkhidmatan sokongan kejuruteraan lain yang boleh dimanfaatkan oleh para pelabur.

“Bukan itu sahaja, ketersediaan bakat tempatan yang terlatih turut menjadi pemangkin untuk memacu pertumbuhan ekonomi yang mampan,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Aminolhuda Hassan (PH-Sri Gading) yang ingin tahu apakah usaha-usaha kerajaan bagi memastikan syarikat-syarikat besar tidak beralih arah dari Malaysia ke negara lain.

Dalam pada itu, tambah Chin Tong, bagi tempoh 2018 hingga Julai 2022, sebanyak 3,893 projek pengilangan dengan jumlah pelaburan sebanyak RM503.3 bilion telah diluluskan di dalam negara. Projek-projek ini telah menyediakan 331,509 peluang pekerjaan.

Daripada jumlah tersebut katanya, sebanyak RM388.2 bilion (77.1 peratus) adalah pelaburan langsung asing manakala RM115.1 bilion (22.9 peratus) merupakan pelaburan langsung domestik. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI