fbpx

90 sukarelawan UPNM bantu bersih rumah mangsa banjir Johor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hasagaya (berdiri, empat dari kiri) menyerahkan 100 Bakul Rahmah kepada Mohammad Aidil di Kota Tinggi semalam.

PETALING JAYA – Seramai 90 sukarelawan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) menyantuni mangsa banjir di Segamat dan Kota Tinggi, Johor semalam.

Mereka terdiri daripada 20 staf, 35 pelajar dan 35 Pegawai Kadet Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) menyertai Misi Bantuan Pasca Banjir Johor 2023.

UPNM dalam satu kenyataan berkata, misi tersebut memfokuskan bantuan pembersihan rumah ke rumah agar dapat meringankan beban mangsa yang terkesan.

Katanya, turut turun padang Naib Canselor UPNM, Leftenan Jeneral Datuk Hasagaya Abdullah yang juga sempat menyantuni mangsa banjir di Felda Medoi, Segamat.

“Beliau berkesempatan mengunjungi warga Felda dan menyerahkan 100 Bakul Rahmah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT)-UPNM kepada Ketua Kampung untuk diagih-agihkan kepada mangsa terjejas.

“Sementara itu, di Pusat Khidmat Parlimen Kota Tinggi, Johor, Hasagaya menyempurnakan Majlis Penyerahan 100 Bakul Rahmah KPT-UPNM kepada Pegawai Pejabat Khidmat Parlimen Kota Tinggi, Mohamad Aidil, sambil disaksikan oleh Pegawai Tugas-tugas Khas Menteri Pendidikan Tinggi, Mohd. Affendi Dullah,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI