fbpx

[VIDEO] Panggilan misteri wanita mengilai di Era FM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SESI siaran langsung Carta 40 Era FM yang dikendalikan Fazziq Muqris baru-baru ini menjadi perhatian selepas tular rakaman suara wanita mengilai yang membuat panggilan ke konti radio tersebut.

PETALING JAYA – Sejak beberapa hari lalu, tular dalam media sosial terutama Twitter dan TikTok apabila siaran langsung radio Era FM, Carta 40 yang dikendalikan penyampai bertugas menerima panggilan misteri daripada seorang wanita.

Lebih mencemaskan, ketika kejadian, penyampai yang bertugas iaitu pelakon Fazziq Muqris berdepan detik menyeramkan selepas wanita itu tiba-tiba mengilai ketika menceritakan tragedi yang menimpa dirinya sekitar 1992.

Semasa bertugas di dalam konti, Fazziq atau nama lengkapnya Muhammad Fazziq Muqris Mohd. Shariff, 23, melakukan siaran langsung dalam TikToknya untuk berkomunikasi bersama peminat.

Dalam video yang sempat dirakam oleh penonton siaran langsung tersebut, jelas kelihatan raut wajah finalis Hero Remaja 2021 itu berubah semasa mendengar cerita daripada wanita misteri yang dikenali sebagai Nida.

Menurut Nida, kejadian yang dia kongsikan terjadi sekitar tahun 1992 ketika umurnya berusia 23 tahun dan melawan cakap ibu bapanya yang tidak membenarkan dia keluar rumah.

Atas tindakan melulu, Nida berkeras keluar juga dari rumah untuk membeli beg buat ibunya tetapi ketika perjalanan pulang, jalan yang dilaluinya sangat gelap sehingga kereta dipandunya terjatuh ke dalam gaung.

Nida yang bercerita kejadian tersebut dalam keadaan menangis teresak-esak meminta tolong Fazziq menghantar beg yang dibeli kepada ibunya kerana dia tidak sempat melakukannya akibat kereta dinaikinya terbakar.

Selepas mendengar permintaan tersebut, Fazziq lantas bertanyakan kedudukan wanita itu, namun suasana bertukar seram selepas Nida tiba-tiba mengilai.

Keadaan dalam konti menjadi tidak tenteram walaupun Fazziq tidak keseorangan kerana ditemani rakan-rakan bertugas yang lain.

Biarpun kejadian menimpa Fazziq tular dan menjadi perhatian, namun ada sesetengah netizen menganggap panggilan tersebut sebagai ‘prank’ kerana jalan ceritanya tidak masuk akal.

“Sekarang ini trend prank semakin berleluasa. Wallahualam. Jika benar memang agak terkejut,” kata seorang netizen.

“Tahun 2023 orang masih percaya perkara seperti ini? Insiden terbabit memang kerap berlaku tetapi mustahil petugas radio sendiri yang prank rakannya,” ujar netizen. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI