fbpx

Doktor kontrak digalak sertai program lanjutan operasi klinik kesihatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dr. Zaliha memeriksa tekanan darah menerusi perkhidmatan saringan kesihatan bergerak pada Sambutan Hari Buah Pinggang Sedunia Peringkat Selangor, di IOI City Mall, Putrajaya hari ini

PUTRAJAYA – Klinik perubatan am swasta (GP) dan doktor kontrak digalakkan untuk bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan (KKM) bagi program lanjutan waktu operasi di 52 klinik kesihatan (KK) terpilih di seluruh negara.

Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa berkata, ia penting bagi meringankan beban petugas kesihatan sekali gus menawarkan perkhidmatan terbaik kepada pesakit.

Beliau berkata, lanjutan operasi itu tidak membabitkan semua klinik kesihatan namun ia sedikit sebanyak mengurangkan kesesakan di hospital ketika ini.

“Seperti yang saya nyatakan sebelum ini, lanjutan operasi klinik kesihatan ini masih di peringkat audit dan ia sudah hampir selesai.

“Kita sudah mengenal pasti 52 klinik kesihatan yang memerlukan lanjutan operasi dan ketika ini, kita sedang mengenal pasti sumber manusia bagi menampung keperluan itu.

“Program itu akan membabitkan pertambahan petugas kesihatan malah pada masa sama kami mengalakkan penyertaan doktor kontrak dan GP untuk turut mengambil bahagian,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyempurnakan Sambutan Hari Buah Pinggang Sedunia Peringkat Selangor, di sini hari ini.

Sebelum ini, Dr. Zaliha pernah memaklumkan operasi di beberapa klinik kesihatan akan dilanjutkan bagi menangani masalah kesesakan di jabatan kecemasan hospital.

Beliau dilaporkan berkata, Pengarah Kesihatan Negeri sudah diarahkan meneliti semula keperluan klinik kesihatan di bawah seliaan masing-masing, untuk beroperasi lebih masa.

Katanya, isu kesesakan dikesan berlaku di kawasan bandar, berikutan jumlah populasi yang semakin meningkat, serta kecenderungan pelanggan mendapatkan perkhidmatan di hospital dan klinik KKM.

Bagaimanapun, pengumuman itu mendapat pelbagai reaksi daripada kalangan orang awam yang bimbang lanjutan operasi itu akan menambah beban tugas yang perlu dipikul oleh petugas kesihatan ketika ini. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI