fbpx

Lagi anggota JPJ didakwa terima suapan lindungi syarikat lori

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TERTUDUH diiringi pegawai SPRM di pekarangan Kompleks Mahkamah Ayer Keroh, Melaka, hari ini. -foto oleh MUHAMMAD SHAHIZAM TAZALI

MELAKA – Seorang anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan menerima suapan berjumlah RM1,400 daripada sebuah syarikat pengangkutan, tiga tahun lalu.

Tertuduh, Che Fazdlie Izwan Che Johari, 36, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus dua pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Elesabet Paya Wan.

Mengikut kedua-dua kertas pertuduhan, tertuduh yang merupakan Pegawai Pemeriksa Kereta Motor Gred AB29 di JPJ Melaka didakwa menerima wang berjumlah RM700 tanpa balasan daripada seorang pengurus syarikat sebagai dorongan untuk melindungi dan tidak mengambil tindakan terhadap pemandu lori syarikat berkenaan.

Kesalahan itu dilakukan di Bank Simpanan Nasional (BSN) Cawangan Batu Berendam dalam daerah Melaka Tengah pada 6 Februari dan 3 Jun 2020.

Setelah mendengar hujah kedua-dua belah pihak, Elesabet membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM1,000 dengan seorang penjamin dan bersetuju dengan syarat tambahan dikemukakan pendakwaan. Beliau kemudian menetapkan tarikh 10 April sebagai tarikh sebutan semula kes.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI