fbpx

Dewan Rakyat: Harga tiket kapal terbang ditentukan syarikat penerbangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anthony Loke.

KUALA LUMPUR – Kementerian Pengangkutan memaklumkan penetapan tambang penerbangan domestik oleh syarikat penerbangan negara ketika ini adalah berdasarkan kepada rasionalisasi sektor perkhidmatan udara domestik pada
tahun 2006.

Menerusi rasionalisasi ini kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, Jemaah Menteri telah memutuskan bahawa syarikat penerbangan diberi kebebasan dalam menentukan liputan rangkaian, kekerapan penerbangan dan kadar tambang.

Namun kata beliau, pihaknya melalui Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) akan melakukan pemantauan harga tiket bagi semua laluan penerbangan domestik termasuk laluan di antara Semenanjung Malaysia dengan Sabah serta Sarawak.

Jelas beliau lagi, walaupun diberikan kebebasan menentukan harga tambang, tetapi ada syarikat penerbangan melaksanakan inisiatif khas dengan menawarkan tiket penerbangan pada harga yang rendah.

“Sebagai contoh, AirAsia Aviation Group Limited (AAAGL) telah menyediakan 52 penerbangan tambahan pada tambang rendah tetap dari Kuala Lumpur dan Johor Bahru ke enam destinasi, iaitu Kota Kinabalu dan Tawau di Sabah, serta Kuching, Sibu, Bintulu dan Miri di Sarawak sempena sambutan Tahun Baharu Cina.

“Selain itu, AirAsia juga menyediakan 62 penerbangan tambahan (tambahan 11,400 tempat duduk) pada tambang rendah tetap dari Kuala Lumpur dan Johor Bahru ke tujuh destinasi sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri yang akan datang,”katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Vivian Wong Shir Yee (PH-Sandakan yang meminta kerajaan menyatakan apakah rancangan jangka panjang Mavcom untuk mengatasi harga tambang penerbangan yang terlalu tinggi antara Semenanjung dan Sabah, terutamanya semasa musim perayaan.

Tambah beliau, laluan-laluan yang popular terutamanya di antara Kuala Lumpur ke Tawau dan Kuala Lumpur ke Sandakan telah pun hampir habis dijual.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI