fbpx

Buli jalanan: Pemandu Hilux, BMW akan dipanggil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar sebuah video tular memaparkan kejadian buli jalanan melibatkan pemandu Toyota Hilux dan BMW di Lebuh Raya SPDH.

SEREMBAN – Polis akan mengambil keterangan pemandu trak pikap Toyota Hilux dan kereta jenis BMW yang terlibat dalam kejadian buli jalanan di Lebuh Raya Seremban Port Dickson (SPDH) seperti yang tular di Tik Tok.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, pada pukul 10.30 pagi hari ini, pihaknya mengesan satu video tular berdurasi 16 saat memaparkan kejadian buli jalanan yang disunting melibatkan dua buah kenderaan.

“Kedua-dua pemandu dan saksi kejadian akan dipanggil untuk diambil keterangan. Siasatan mendapati kejadian berlaku pukul 2 petang, 30 Disember 2022 di Lebuh Raya SPDH menghala ke arah Port Dickson.

“Ia melibatkan seorang lelaki berusia 32 tahun yang memandu Toyota Hilux dan lelaki berusia 52 tahun yang juga pemandu kereta BMW,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Nanda berkata, berdasarkan siasatan kejadian berpunca akibat pertelingkahan dua pemandu itu di kawasan Rehat dan Rawat (RnR) Mambau akibat beberapa komponen batang paip terjatuh daripada trak pikap dan hampir mengenai kereta BMW.

“Setelah berlaku pertelingkahan dan kedua-dua pihak beredar dari lokasi. Pemandu Toyota Hilux mengekori pemandu BMW dan memberhentikan kenderaan di lorong kanan di simpang empat lampu isyarat Sua
Betong, Port Dickson.

“Pemandu Toyota Hilux merakam gambar pemandu BMW kerana dia dirakam oleh pemandu BMW ketika berada di RNR Mambau,” katanya.

Selepas kejadian, kedua-dua pemandu terputus haluan ke arah destinasi masing-masing dan tiada kesinambungan kejadian yang tidak diingini yang berlaku ke atas kedua-dua pihak selepas itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI