fbpx

Suspek curi kereta ditahan lepas 6 tahun diburu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad Fakhruddin (kanan) sedang menunjukkan salah sebuah kereta yang telah dicuri, di perkarangan Ibu Pejabat Daerah Petaling Jaya, hari ini.

PETALING JAYA – Seorang lelaki ditahan setelah enam tahun diburu berhubung kes kecurian kenderaan lama sekitar daerah ini baru-baru ini.

Suspek tempatan berusia 32 tahun itu diberkas di Jalan Wawasan, Pusat Bandar Puchong pada pukul 5.30 petang.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhruddin Abdul Hamid berkata, pihaknya merampas dua buah kereta Proton Wira, sebuah Proton Perdana dan sebuah Proton Saga yang berada di belakang rumah suspek.

“Pemeriksaan ke atas Proton Wira mendapati kereta itu dilaporkan hilang di Serdang. Pemeriksaan mendapati tiga buah kereta lain berada dalam keadaan nombor casis serta enjin tidak sempurna dan sudah diganggu,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Daerah Petaling Jaya, di sini hari ini.

Tambah Mohamad Fakhruddin, hasil soal siasat, suspek mengaku dan mendedahkan mencuri serta menyembunyikan sebuah kenderaan lama di Sungai Way.

Jelasnya, pasukan polis pergi ke alamat tersebut pukul 7.45 petang dan suspek menunjukkan kereta Perodua Kancil yang berada dalam keadaan tidak sempurna telah ditinggalkan di kawasan berkenaan

“Semakan terhadap nombor casis dan enjin, Perodua Kancil itu dilaporkan hilang di Petaling Jaya.

“Suspek memiliki 26 rekod lampau berkaitan kes curi kenderaan dan dadah,” ujarnya.

Hasil tangkapan ini, polis berjaya menyelesaikan satu kes curi kenderaan lama di Petaling Jaya dan Serdang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI