fbpx

Suami berani sumpah isteri curang, boleh jatuh talak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Golongan suami isteri jangan sesekali menganggap tuduhan curang ke atas pasangan adalah satu perkara yang ringan kerana akibatnya boleh menjurus kepada jatuhnya talak li’an dimana terputuslah hubungan perkahwinan itu.

Peguam syarie, Mazidah Husain menerusi perkongsiannya di Facebook memaklumkan, jika seorang suami itu mengangkat sumpah dengan mengatakan pasangannya berlaku curang serta berzina dengan lelaki lain dan kemudian dibalas dengan penafian secara sumpah oleh si isteri, maka bercerailah mereka berdua.

Katanya, talak li’an merupakan cara penyelesaian lain dalam perkara cerai talak dengan alasan si siteri berbuat zina yang tidak dapat diselesaikan dengan prosedur ikrar talak biasa.

“Li’an ni suami tuduh isteri berzina dengan lelaki lain dan isteri nafikan.

“Kalau suami sanggup bersumpah dakwa dan puan (isteri) sanggup bersumpah nafi, automatik puan dan suami bercerai dan tak boleh kahwin semula,” jelasnya ketika menjawab pertanyaan daripada pengikutnya yang bertanya tentang kesan sekiranya seorang suami menuduh si isteri melakukan hubungan kelamin dengan lelaki lain.

Dalam pada itu, Mazidah turut mengingatkan para suami untuk menjaga bahasa ketika marah selain tidak menuduh pasangan secara menulu tanpa bukti yang sah.

Jelasnya, antara kesan awal yang akan berlaku adalah keruntuhan rumah tangga.

“Nanti makan diri dan porak peranda keluarga,” pesannya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI