fbpx

SDAC buka pusat pengedaran baharu di Penampang, Sabah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pusat pengedaran baharu Ford di di Jalan Penampang Baru, Penampang, Kota Kinabalu, Sabah.

PETALING JAYA – Sime Darby Auto ConneXion (SDAC), pengedar eksklusif Ford di Malaysia melalui syarikat Rightpower Corporation Sdn. Bhd.  telah membuka pusat pengedaran terbaharunya, Ford Kota Kinabalu, Sabah.

Pusat 3S Ford terbaharu ini yang terletak di tengah-tengah bandar Penampang itu adalah  kemudahan Ford kedua di Kota Kinabalu dan yang kelapan di Malaysia Timur. 

Matlamatnya bertujuan untuk berkhidmat kepada pelanggan di salah satu daripada pusat bandar utama Kota Kinabalu, sambil menyokong pusat yang sedia ada di Inanam.

Pengarah Urusan SDAC, Turse Zuhair berkata, pusat itu menelan belanja sehingga RM1 juta untuk kerja pengubahsuaian telah menawarkan khidmat jualan dan juga lepas jualan. 

Menurut beliau, pusat 3S ini meliputi kawasan seluas 12,000 kaki persegi yang terdiri daripada bilik pameran seluas 4,300 kaki persegi dan pusat servis seluas 4,500 kaki persegi. 

Kemudahan tersebut memuatkan empat ruang servis dengan tenaga sepasukan 16 kakitangan yang terdiri daripada Juruteknik Bertauliah Ford dan juga kakitangan servis.

 “Sabah merupakan pasaran yang sangat menarik dengan tahap permintaan tinggi bagi Ford Ranger Generasi Baharu,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini.

Turse menerangkan, dalam usaha berterusan mengukuhkan operasi syarikat di Kota Kinabalu, pihaknya kini memperkenalkan Rightpower Corporation sebagai pengedar kedua bertujuan untuk menambah bilangan pelanggan di daerah Penampang.

“Pusat pengedar baharu ini membolehkan pelanggan menikmati pengalaman Ford yang tersendiri dan kami akan menyediakan perkhidmatan bermutu tinggi menerusi kemudahan ini,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI