fbpx

CitaGlobal bakal bangunkan projek Sanglang, Perlis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambaran grafik projek Sanglang di Perlis yang akan memacu pertumbuhan daerah tersebut.

PETALING JAYA – Citaglobal Bhd melalui anak syarikat milik penuhnya Citaglobal Engineering Services Sdn. Bhd. telah ditawarkan dan menerima Surat Hasrat untuk menjalankan kerja-kerja Kejuruteraan, Perolehan dan Pembinaan (EPC) bagi pembangunan projek Sanglang di Perlis.

Projek yang akan terbahagi kepada empat fasa itu telah dianugerahkan oleh Mutiara Perlis Sdn. Bhd. (MPSB).

Pengerusi Eksekutif dan Presiden Citaglobal,  Tan Sri (Dr.) Mohamad Norza Zakaria  berkata, susulan daripada kejayaan menyiapkan fasa 1 projek Bandaraya Getah, Kedah telah menjadi salah satu faktor untuk Kumpulan memperoleh kelayakan untuk melaksanakan projek penting itu.

“Tumpuan segera kami adalah untuk melaksanakan Fasa 1A kontrak Projek Sanglang dengan cekap dan sebaik mungkin,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini semalam.

Mohamad Norza menerangkan, melalui projek tersebut, buku pesanan sedia ada Citaglobal meningkat kepada RM933.2 juta daripada RM733.2 juta sebelumnya.

Projek Sanglang dibangunkan di bawah Koridor Maritim Perlis, yang bertujuan untukmemudahkan pembangunan Perlis dari segi logistik, pelancongan, akuakultur dan perikanan.

Projek ini akan menyediakan kemudahan jeti untuk kapal dagang, pelayaran dan kapal layar mewah, pancing laut dalam dan minyak dan gas berlabuh  serta menyediakan perkhidmatan penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih untuk kapal dagang.

Tambah beliau, ini merupakan projek kedua dari negeri Perlis yang dimenangi oleh Citaglobal dalam tempoh kurang enam bulan. 

Jelasnya, projek Sanglang dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan disatukan, pendapatan sesaham dan aset bersih Citaglobal.

Kumpulan hanya boleh memastikan tempoh sumbangan selepas kontrak EPC ini dilaksanakan.

Namun begitu, Citaglobal tidak meramalkan sebarang risiko luar biasa selain daripada risiko operasi biasa yang berkaitan dengan projek itu.

Pada 30 Ogos 2022, Citaglobal mengumumkan bahawa ia telah memperoleh kontrak EPC untuk menyediakan kerja reka bentuk, pembinaan dan kelengkapan berhubung Fasa 1 Pelabuhan Darat Perlis (PIP) dengan jumlah kontrak RM373.5 juta.

Koridor ini akan terletak di sepanjang pantai Sanglang sehingga Simpang Ampat, Kuala Perlis.

Ia dijangka mewujudkan 5,000 peluang pekerjaan dan bakal menjadi pemangkin pembangunan di Sanglang, serta Lembah Chuping seperti Kawasan Perindustrian Lembah Chuping (CVIA), PIP dan lain-lain. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI