fbpx

Alphard pula guna lorong motosikal Lebuh Raya Persekutuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar sebuah Toyota Alphard menggunakan laluan motosikal di Lebuh Raya Persekutuan, menghala Kuala Lumpur.

PETALING JAYA – Satu laporan polis serta kertas siasatan dibuka berhubung kejadian sebuah kenderaan pelbagai guna jenis Toyota Alphard menggunakan laluan motosikal di Lebuh Raya Persekutuan, menghala Kuala Lumpur, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, kejadian tersebut dikesan pihaknya pada pukul 10.30 malam menerusi sebuah video tular di aplikasi WhatsApp.

Katanya, rakaman video tular berdurasi 25 saat itu memaparkan sebuah kereta jenis Toyota Alphard dipandu di lorong motosikal.

“Hasil semakan mendapati kejadian tersebut berlaku semalam dan tindakan mengesan pemilik kenderaan masih dijalankan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan membahayakan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Justeru, Mohamad Fakhruddin menasihatkan kesemua pengguna jalan raya supaya tidak melakukan tindakan yang akan membahayakan nyawa arau keselamatan orang lain.

“Mana-mana saksi yang lihat kejadian mohon tampil ke balai polis berdekatan atau berhubung terus dengan Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Mohd. Hafeez Faesal A. Aziz di talian 013-32311232 bagi membantu siasatan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI