fbpx

Terkesima syok layan Physical: 100

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PROGRAM Physical: 100 ditayangkan menerusi Netflix.

PROGRAM Physical:100 merupakan sebuah program realiti yang menghimpunkan seramai 100 individu terkuat di Korea Selatan untuk berlawan sesama sendiri bagi merebut hadiah 300 juta won (RM1,023,079).

Bukan biasa-biasa, kesemua peserta terdiri daripada golongan profesional, atlet, penari dan selebriti.

Disamakan seperti drama popular Netflix iaitu Squid Game kerana berkisarkan ketahanan meneruskan permainan, Physical: 100 bagaimanapun lebih menekankan aspek fizikal dan tidak melibatkan kehilangan nyawa atau kematian.

Physical: 100 yang ditayangkan sejak Januari lalu meledak dan berjaya tersenarai dalam 10 program popular Netflix.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI