fbpx

‘PrayforJohor’ trending di Twitter, rakyat Malaysia tak henti berdoa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Banjir di Johor menjejaskan ramai penduduk

PETALING JAYA – Tanda pagar PrayforJohor (#PrayforJohor) kini sohor di Twitter dengan perkongsian lebih 600,000.

Tinjauan Kosmo! di platform tersebut mendapati, rakyat Malaysia tanpa henti mengirimkan doa buat penduduk negeri itu yang terjejas teruk ekoran  banjir sejak beberapa hari lalu.

“Mari doakan buat penduduk di Johor. Keadaan di sana makin teruk hari ini, doa anda amat diperlukan untuk mereka terus kuat dengan ujian ini,” pinta Syuhada.

Tak lupa juga, ada yang memuat naik ciapan memohon bantuan daripada orang ramai bagi membantu meringankan bebanan mangsa banjir di Johor kerana ada antara penduduk terjejas kehilangan rumah serta harta benda.

“Siapa yang sudi hulur bantuan barangan keperluan atau wang untuk mangsa Johor, boleh hubungi mana-mana pusat zakat atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang laksanakan misi bantuan banjir ke Johor,” kata Amirul Fahmi.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan jumlah mangsa banjir di  Johor terus mencatatkan peningkatan kepada 37,528 orang daripada 10,792 keluarga setakat pukul 12 tengah hari tadi.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Dr Azmi Rohani berkata, jumlah itu meningkat berbanding 37,322 orang daripada 10,793 keluarga ditempatkan di 238 pusat pada pukul 8 pagi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI