fbpx

Banjir: 34 mangsa dipindah ke PPS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan banjir di Kampung Seri Aman dan Taman Saujana Aman, Kuala Selangor.

KUALA SELANGOR – Seramai 34 penduduk Kampung Seri Aman dan Taman Saujana Aman di sini, dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) selepas kediaman mereka dilanda banjir, hari ini.

Kesemua mangsa termasuk sembilan keluarga itu kini ditempatkan di Dewan Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) Sri Coalfields selepas dua kawasan berkenaan dinaiki air setinggi 1.5 meter.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Bomba Selangor, Hafisham Mohd. Noor berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pukul 11.48 malam tadi dan sepasukan 15 anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bestari Jaya dan Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Saujana Utama bergegas ke lokasi kejadian

“Pemeriksaan awal mendapati sebanyak 12 rumah mangsa di Kampung Sri Aman terjejas akibat banjir.Kesemua penduduk berjumlah 27 orang dan empat daripada mereka dipindahkan ke PPS,” k atanya ketika dihubungi hari ini.

Hafisham memberitahu, aliran air kawasan itu kemudian menjejaskan Taman Saujana Aman yang berada kira-kira satu kilometer (km). -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI