fbpx

Sistem e-Konsular ditambah baik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wisma Putra.

PUTRAJAYA – Rakyat Malaysia di luar negara kini dapat memanfaatkan sistem e-Konsular yang diperkenalkan sejak 30 Oktober 2022 lalu serta berjaya ditambah baik kepada versi 3.0 dengan pelbagai ciri dikemas kini.

Wisma Putra dalam kenyataan berkata, antara keunikan versi kali ini ialah pengenalan Permohonan Surat Pengesahan Kematian Rakyat Malaysia di Luar Negara dan e-pembayaran Sijil Kelakuan Baik (SKB).

“Ia juga boleh digunakan untuk pendaftaran warga Malaysia dengan rekod maklumat terkini keberadaan mereka di luar negara dapat dipantau secara sistematik,” kata kenyataan itu hari ini.

Jelasnya, kemudahan tersebut bertujuan memudahkan proses penyampaian bantuan kecemasan jika berlaku sebarang bencana atau kekacauan luar jangkaan dan membolehkan pengguna semak senarai kedutaan Malaysia serta kesan lokasi pejabat misi diplomatik negara terdekat,” ujarnya.

Wisma Putra menambah, projek penyampaian perkhidmatan digital kerajaan itu juga mudah dimuat turun terus daripada Google Play Store, Apple App Store dan Huawei App Gallery.

“Untuk pemohon SKB, mulai 13 Mac depan, mereka boleh membuat pembayaran secara online sebelum hadir untuk mengambil cetakan sijilnya di Bahagian Konsular Kementerian Luar,” jelasnya.

Pilihan pembayaran tanpa tunai seperti terminal Point-of-Sale dan e-dompet juga akan dilakukan berfasa sebelum kaedah bayaran tunai untuk SKB dihentikan pada 31 Ogos depan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI