fbpx

Pandelela cecah umur 30 tahun hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pandelela.

PETALING JAYA – Ratu terjun negara, Datuk Pandelela Rinong Pamg hari ini menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-30.

Perkara itu dikongsi Pandelela sendiri menerusi hantaran di Facebooknya semalam.

“Turning 30 is mandatory (bertukar ke 30 adalah kewajipan), feeling 30 is optional (merasa seperti 30 adalah pilihan),” selorohnya dengan ringkas.

Sementara itu, menjengah ke ruangan komen, ramai pengikutnya meninggalkan kata-kata semangat dan ucapan ulang tahun selain mendoakan agar Pandelela terus dimurahkan rezeki serta diberikan kesihatan yang baik.

“Selamat Hari Jadi Datuk Pandalela. Diberikan kesihatan yang baik dan akan banyak lagi sambutan hari jadi mendatang,” kata Putri Darnise.

“Selamat Ulang tahun ke-30 bintang Malaysia. Saya bangga dengan anda. Lihat muda diusia sebegini,” puji Nur Ainie Abdullah.

Terdahulu, atlet kelahiran Sarawak itu dinobatkan sebagai Olahragawati Kebangsaan, Anugerah Sukan Negara (ASN) 2021 buat kali keempat selepas memenanginya pada 2011, 2012 dan 2015. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI