fbpx
Shukor menyuapkan roti kepada dua anaknya Nur Hadirah Jannah dan Muhammad Arif ketika berada di PPS Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara, Pagoh, Muar semalam.

Barang sekolah baru beli musnah ditenggelami air

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MUAR – Seorang bapa hanya mampu reda selepas barangan kelengkapan persekolahan anak-anaknya yang baru sahaja dibeli tidak sempat diselamatkan apabila musnah dalam kejadian banjir semalam.

Shukor Yahya, 59, berkata, kejadian banjir kali ini adalah terburuk dalam sejarah hidup keluarganya apabila kediamannya di Kampung Jawa, Panchor di sini, dinaiki air dengan begitu cepat.

“Pagi semalam saya sempat keluar bekerja sebab sangkakan banjir yang bakal berlaku adalah seperti biasa sebab selalunya air naik sehingga paras buku lali sahaja.

“Bagaimanapun, dalam pukul 12 tengah hari, isteri telefon me­ngatakan air dah masuk ke rumah dan limpahannya sangat cepat. Saya bergegas pulang, dalam sejam berada di rumah, saya dapati air daripada paras buku lali dah mulai naik sampai ke paha iaitu kira-kira setengah meter,” katanya ketika ditemui.

Menurutnya lagi, empat anaknya berusia antara 19 hingga­ tujuh tahun turut bergegas membantu dia dan isterinya, Hasniyati Karimin, 47, untuk menyelamatkan kesemua barangan elektrik mereka.

“Masa itu dah tak fikir benda lain, yang kami tahu peti ais kena letak di tempat tinggi, tele­vi­syen pun kena ubah tempatnya, sampai terlupa nak selamatkan kelengkapan sekolah anak.

“Bila dah sampai sini baru te­ringat apa agaknya jadi dengan barang sekolah anak-anak. Baru beli minggu lepas semuanya terma­suk baju, beg, kasut dan alat tulis.

“Sedih apabila mengenangkan barang-barang itu semua mungkin rosak sekelip mata, walhal saya sampai buat simpanan khas sejak beberapa bulan lalu demi membeli barang keperluan sekolah sahaja,” katanya sayu.

Tambah Shukor, tiga anaknya berusia tujuh, 11 dan 15 tahun sebelum ini juga teruja dengan barangan keperluan sekolah me­reka lantaran berpeluang memi­lih sendiri selain kualitinya juga dibeli lebih baik.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN