fbpx

Banjir: 7,000 anggota penyelamat dikerah bantu mangsa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SAIFUDDIN (kanan) menyerahkan bantuan Rahmah kepada mangsa banjir yang ditempatkan di PPS Dewan Orang Ramai Kampung Melayu, Kluang hari ini.

KLUANG – Seramai 7,000 anggota dibawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan dikerahkan untuk membantu kerajaan negeri Johor menguruskan mangsa yang terjejas banjir.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, anggota terlibat terdiri daripada pasukan Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Sukarelawan Rakyat Malaysia (Rela) sudah bersedia untuk digerakan.

Katanya, sekiranya ada keperluan lain, anggota dari negeri-negeri yang tidak terjejas akan turut digerakan untuk membantu menlancarkan kerja-kerja menyelamat serta menguruskan mangsa.

“Berkaitan dengan aset, semua jentera yang berkaitan dengan tugas menyelamat akan digunakan sepenuhnya, namun sekiranya memerlukan aset lebih besar dan tiada dalam KDN, perkara ini akan diserahkan kepada Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana.

“Melalui beliau mungkin akan dapat mengeluarkan aset lebih banyak seperti dimiliki Angkatan Tentera Malaysia,” Katanya selepas melawat serta menyampaikan sumbangan Rahmah kepada mangsa banjir yang ditempatkan di Pusat Penempatan Sementara (PPS) Dewan Orang Ramai Kampung Melayu dekat sini hari ini.

Saifuddin turut mengulangi jaminan beliau terhadap mangsa yang kehilangan dokumen penting akan diberikan penggantian secara percuma sebaik bencana ini berakhir nanti. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI