fbpx

5 laluan di Tampin ditutup sepenuhnya akibat banjir – MB

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

TAMPIN – Lima jalan di daerah ini ditutup sepenuhnya akibat banjir berdasarkan maklumat sehingga pukul 6 petang tadi.

Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, laluan berkenaan membabitkan laluan FT001 Gemas Seremban (Sek 219) berhampiran Felda Sungai Kelamah dengan alternatif laluan N119 oe FT010 .

Empat lagi jalan yang ditutup menurutnya ialah laluan FT1276 (Sek 4.0) dengan alternatif laluan N13 Jalan Gemencheh Dangi; laluan N119 (Sek 3-4) dengan alternatif: FT001 Jalan Tampin Gemas FT010 Jalan Gemas Rompin; laluan FT001 (Sek 226) dengan alternatif jalan FT1280 Jalan Jelai Tambahan FT010 Jalan Rompin Gemas serta laluan N53 dengan jalan alternatif: FT1279 Felda Jelai Utama FT010 Jalan Gemas Rompin.

“Para pengguna jalanraya dinasihatkan agar sentiasa berhati-hati dan mengelak daripada melalui jalan yang ditutup,” katanya dalam Facebook hari ini.

Sehingga pukul 4 petang tadi, enam buah PPS masih beroperasi di Tampin menempatkan seramai 806 orang mangsa.

PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Kelamah masih menempatkan bilangan mangsa banjir tertinggi iaitu seramai 528 orang diikuti PPS Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Gemas seramai 105 orang.

Empat lagi PPS yang masih dibuka di Tampin adalah di Dewan Besar Gemas, Dewan Orang Ramai Kampung Tiong, Balai Raya Pasir Besar dan SK Londah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI