fbpx

‘Upcycling’ kasut sekolah putih, jadi rekaan menarik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara kasut sekolah putih yang diwarnakan dengan pelbagai rekaan corak menerusi aktiviti 'upcycling' anjuran MR D.I.Y.

PETALING JAYA – Bekalan kasut kanvas putih yang melebihi permintaan susulan murid kini menggunakan kasut hitam, menjadi pencetus idea kepada Kumpulan MR D.I.Y (M) Berhad (MR D.I.Y) mengitar kasut menerusi aktiviti ‘upcycling’.

Melalui inovatif tersebut, peruncit perkakas rumah kegemaran rakyat Malaysia itu menganjurkan inisiatif ‘Walk with Style’ MR D.I.Y melibatkan penyertaan lebih 750 murid dari Selangor, Perak, Kedah dan Kuala Lumpur.

MR D.I.Y dalam kenyataannya memberitahu, ia dianjurkan dengan kerjasama Soroptimist International Damansara (SID) sekali gus mengelakkan kasut-kasut tersebut terbuang begitu sahaja.

“Dengan menggunakan bekalan peralatan seni daripada MR D.I.Y. seperti ga menyediakan seperti pen marker, cat, berus lukis, aksesori dan serbuk ‘glitter’, pelbagai jenis kasut sekolah yang menyeronokkan, bergaya, rekaan unik dan tersendiri telah direka.

“Secara keseluruhan, lebih 750 pasang kasut sekolah putih telah dikitar menerusi aktiviti ‘upcycling’,” katanya hari ini.

Peserta sedang melukis pada kasut kanvas putih semasa aktiviti ‘upcycling’ anjuran MR D.I.Y.

Dalam pada itu, jurucakap MR D.I.Y memaklumkan, inisiatif seperti ‘Walk with Style’ menerapkan pemahaman prinsip kelestarian kepada generasi muda, sambil menjadikan pembelajaran lebih menyeronokkan, menarik dan kreatif.

“Matlamat MR D.I.Y. adalah untuk menjadi sebuah perniagaan mampan yang memberi impak positif kepada komuniti. Sebahagian daripada usaha ini adalah dengan memainkan peranan dalam mendidik rakyat Malaysia mengenai keperluan untuk mengguna semula, mengurangkan, mengitar semula dan amalan ‘upcycling’,” katanya.

Aktiviti ‘upcycling’ ialah menggunakan barang-barang kitar semula menjadi satu bahan yang baharu dan ia salah satu kaedah untuk mengurangkan jumlah sisa yang dihantar ke tapak pelupusan.

Murid-murid terlibat terdiri daripada Pusat Pembelajaran Edufun, Ipoh, Perak; Sekolah Kebangsaan Tunku Bendahara, Kodiang, Kedah; Rumah Aman Sungai Buloh, Selangor; Pusat Pembelajaran Komuniti Pelarian Myanmar (MRCLC) dan Program Perumahan Rakyat (PPR) Pinggiran Bukit Jalil, Kuala Lumpur. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI