fbpx

Parti politik mungkin dibenar tubuh cawangan di universiti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Pindaan mungkin dilakukan terhadap Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 bagi membenarkan parti politik menubuhkan cawangan di universiti.

Menteri Pendidikan Tinggi (KPT), Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, pelbagai pindaan telah pun dilakukan terhadap akta itu meliputi aspek kegiatan pelajar, urus tadbir universiti sebelum ini.

“Kita telah lakukan pelbagai pindaan kepada AUKU 1971. Kita memberi kebebasan kepada pelajar untuk menyertai mana-mana parti politik termasuk menawarkan diri bertanding dalam pilihan raya.

“Semua perkara itu telah dilonggarkan dan kemungkinannya termasuk perkara-perkara yang dicadangkan (penubuhan cawangan parti politik di universiti),” katanya pada sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Muhammad Islahuddin Abas (PN-Mersing) sama ada KPT akan memberi kelonggaran untuk parti politik menubuhkan cawangan di kampus universiti bagi menyuburkan amalan demokrasi dan membudayakan politik matang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI