fbpx

Bawa telur ke Dewan Rakyat, Wee Ka Siong dapat surat lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wee Ka Siong menunjukkan telur ayam yang dibawa sewaktu sidang Dewan Rakyat pada 22 Februari lalu.

PETALING JAYA – Baru kelmarin Ahli Parlimen Ayer Hitam, Datuk Seri Wee Ka Siong mendedahkan menerima surat peguam berhubung isu telur, kali ini beliau menerima surat kedua daripada peguam mewakili syarikat pengimport telur.

Bagaimanapun, beliau menegaskan tidak gentar serta mempertahankan kenyataan yang dibuat di dalam Dewan Rakyat, baru-baru ini.

“Saya rasa terkilan kerana baru saja menerima surat kedua daripada peguam yang mewakili syarikat pengimport telur dari India.

“Saya tidak gentar dan tetap mempertahankan kenyataan yang telah saya buat di dalam Dewan Rakyat. Tiada siapa yang dapat menghalang saya untuk bersuara demi kepentingan rakyat jelata.

“Tiada siapa dapat menghentikan saya daripada menjadi jurucakap rakyat. Saya serahkan kepada peguam saya untuk tindakan selanjutnya,” katanya pada hantaran Facebook hari ini.

Kelmarin Kosmo! melaporkan, Presiden MCA itu memberitahu beliau menerima surat saman daripada pengimport telur dari India ekoran kenyataannya ketika mencelah sesi penggulungan Usul Menjunjung Titah Diraja di Dewan Rakyat, 22 Februari lalu.

Sebelum ini, beliau mencuri tumpuan apabila membawa tiga telur ayam berlainan jenis iaitu telur dari India, telur omega dan telur tempatan ke Dewan Rakyat.

Beliau ketika itu mencelah perbahasan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu dan mendakwa ketiga-tiga jenis telur itu berbeza dari saiz dan harga. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI