fbpx

Citaglobal catat kerugian susut nilai sebanyak RM47.3 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Citaglobal Berhad (Citaglobal) merekodkan kerugian bersih sebanyak RM47.3 juta bagi suku keempat berakhir 31 Disember 2022 hanya kerana susut nilai muhibah “sekali beri”.

Kemerosotan ini berlaku hasil daripada kenaikan nilai saham Citaglobal selepas pengambilalihan Citaglobal Engineering Services Sdn Bhd (CESSB) pada November lalu.

Pengerusi Eksekutif dan Presiden Citaglobal, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berkata, bagaimanapun pendapatan meningkat 27.3 peratus kepada RM72.5 juta berbanding kepada suku yang sama pada tahun lalu.

Jelas beliau, disebabkan susut nilai, Citaglobal mencatatkan kerugian bersih sebanyak RM40.9 juta untuk tahun penuh berakhir 31 Dis 2022 (TK2022) daripada keuntungan bersih RM3.7 juta pada TK2021, manakala pendapatan merosot 12.9 peratus kepada RM215.4 setahun.

“Masa depan kelihatan baik untuk Citaglobal. Berdasarkan buku pesanan sedia ada kami, dijangkakan Kumpulan CESSB akan menyampaikan baki jaminan keuntungan pada suku berikutnya dari sekarang hingga TK2024.

“Walaupun sektor pembinaan sentiasa menjadi sumber utama perniagaan kami, Citaglobal telah memaklumkan hasratnya untuk menjadi peneraju dalam sektor yang dipacu teknologi.

“Sepanjang enam bulan yang lalu, Citaglobal telah membuat kemajuan yang ketara ke dalam sektor tenaga boleh baharu. Kami berharap untuk mencipta lebih banyak kemajuan positif, nilai dan akhirnya menyumbang pendapatan daripada sektor baharu kami,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Menurut Mohamad Norza, pada 31 Disember lalu, Citaglobal mempunyai wang tunai dan baki bank sebanyak RM81 juta, turun sedikit daripada RM85.4 juta pada akhir tahun lepas.

Oleh itu katanya, kerugian bersih sebanyak RM47.3 juta hanya mencerminkan peningkatan dan semata-mata catatan perakaunan. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI