fbpx

Liga Super: KDA FC sedia pertaruh barisan terbaik menentang Terengganu FC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Nafuzi (kanan) bersama pemain KDA FC, Lee Tuck pada sidang akhbar di Stadium Darul Aman, Alor Setar, hari ini. - FOTO SHAHIR NOORDIN

ALOR SETAR – Tanpa mahu mengimbau kembali drama musim lalu, pengendali Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Mohd. Nafuzi Mohd. Zain menganggap perlawanan menentang Terengganu FC pada malam esok sangat istimewa.

Menurut Mohd. Nafuzi, Terengganu sebelum ini dianggap sebagai rumah keduanya lebih-lebih lagi setelah memulakan karier kejurulatihannya di negeri itu bertahun lamanya.

Katanya, itu bukan alasan untuk tidak mempersiapkan pasukan bagi meraih tiga mata pada malam esok.

“Namun saya sedar kita tidak akan diberikan laluan mudah untuk mencapai kemenangan malam esok,” katanya.

Justeru, katanya, beliau percaya pasukan lawan akan berjuang habis-habisan, apatah lagi setelah tewas dalam perlawanan pertama menentang JDT sebelum ini.

“Sejujurnya saya merasakan mereka memiliki kelebihan daripada segi fizikal dan disebabkan itu, kami perlu berhati-hati dalam situasi bola tinggi dan ‘set-piece’.

“Tetapi saya percaya dengan kemampuan yang ada pada pemain KDA FC. Paling penting kami perlu fokus sejak dari minit pertama permainan kerana kami tak mahu hampakan penyokong serta pengurusan pasukan, dalam aksi pertama di laman sendiri musim ini,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI