fbpx

Kertas siasatan tiga pengguna jalan raya bertumbuk dibuka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video tiga pengguna jalan raya bergaduh di Jalan Kuala Terengganu - Kuantan berhampiran PSMZA, Dungun semalam.

DUNGUN – Biarpun sudah berdamai, tiga lelaki yang bertumbuk di Jalan Kuala Terengganu – Kuantan berhampiran Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA) di sini semalam tetap berhadapan dengan tindakan undang-undang.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah berkata, pihaknya telah membuka kertas siasatan berhubung insiden dipercayai berpunca daripada rasa tidak puas hati kerana tidak diberi laluan untuk memotong tersebut.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 279 Kanun Keseksaan dan Seksyen 160 serta Seksyen 506 akta sama.

“Ketiga-tiga individu telah dipanggil untuk memberi keterangan berhubung insiden berkenaan. Terdahulu, mereka juga telah membuat laporan berhubung pergaduhan terbabit di Ibu Pejabat Polis Daerah Dungun di sini,” katanya di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI