fbpx

Kanak-kanak lelaki maut, terjatuh dari tingkat 14 hotel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang kanak-kanak lelaki maut dipercayai terjatuh dari tingkat 14 sebuah hotel di Jalan Karamunsing pagi ini. -Foto IHSAN BOMBA

KOTA KINABALU – Seorang kanak-kanak lelaki maut dipercayai terjatuh dari tingkat 14 sebuah hotel di Jalan Karamunsing pagi ini.

Kanak-kanak berusia 12 tahun berkenaan dipercayai terjatuh dari tingkap 14 ke beranda di tingkat lima bangunan hotel terbabit.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 6.44 pagi.

“Sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu bersama Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dihantar ke lokasi kejadian sejurus menerima laporan berkenaan.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, mangsa kanak-kanak ditemukan di beranda tingkat empat bangunan hotel. Pasukan bomba bertugas kemudiannya menjalankan operasi membawa turun mangsa,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Menurutnya, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh Kementerian Kesihatan (KKM) dan telah diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI