fbpx

Isu ladang hutan: Sultan Nazrin telah disembah maklum

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saarani (tengah) meninjau keadaan sungai sebelum merasmikan Sistem Amaran Awal Kepala Air dan Kick-Off Program Penghijauan Malaysia Kempen Penanaman Pokok 100 Juta Bagi Tahun 2023 di Taman Eko Rimba Kledang Saiong, Ipoh hari ini. - Foto MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA

IPOH – Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad telah menyembah maklum Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah mengenai projek ladang hutan di Hutan Simpan Kekal (HSK) Kledang Saiong di Kuala Kangsar.

Beliau berkata, Sultan Nazrin telah dimaklumkan mengenai situasi sebenar membabitkan projek berkenaan sebagaimana yang dibangkitkan oleh enam pertubuhan bukan kerajaan (NGO) baru-baru ini.

Menurut beliau, pelaksanaan projek seluas 4,280 hektar itu adalah dibenarkan serta mengikut peraturan yang telah ditetapkan.

“Pembangunan ladang hutan dibenarkan pelaksanaannya sehingga 100,000 hektar tetapi kita mengurangkannya kepada 75,000 hektar hingga akhirnya 32,000 hektar.

“Selain HSK Kledang Saiong itu, sebelum ini sudah ada ladang hutan yang dibuat, jadi ini bukanlah perkara yang di luar jangka atau pelik berlaku,” katanya pada sidang akhbar di Taman Eko Rimba Kledang Saiong di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Saarani berkata, isu yang sedang dihebohkan itu adalah kerana ia sedang melalui proses pendengaran awam jadi orang ramai boleh memberi maklum balas kepada kerajaan negeri.

“Projek itu tertakluk kepada keputusan EIA (Penilaian Kesan Kepada Alam Sekitar) Jabatan Alam Sekitar. Jika dikatakan ia tak boleh dibuat kerana risiko banjir sebagai contoh, kita tak buatlah.

“Takkan kita nak langgar tetapi kalau tak ada, kita boleh teruskan kerana ia adalah penanaman kembali hutan,” katanya.

Beliau berkata, isu pembangunan ladang yang dibangkitkan itu melibatkan 6,000 hektar kawasan baki terakhir yang telah diluluskan pada tahun lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI