fbpx

Pasangan naik motosikal berpelukan seperti belangkas tanpa topi keledar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasangan warga asing itu kelihatan berpelukan ketika menunggang motosikal. - Instagram

JAKARTA – Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan situasi pasangan warga asing duduk menghadap antara satu sama lain di atas sebuah motosikal ketika berhenti di lampu isyarat, lapor laman berita Detik.

Berdasarkan rakaman tersebut, pemandu lelaki itu kelihatan dipeluk oleh teman wanita yang duduk di hadapannya. 

Kedua-dua mereka kelihatan tidak memakai topi keledar ketika menunggang di jalan raya yang sibuk. 

Kejadian itu dirakam oleh pengguna jalan raya lain yang kemudian memuat naik video tersebut di media sosial.

Ketua Polis Denpasar, Bambang Yugo Pamungkas berkata, polis sedang menyiasat pihak yang menyewakan motosikal tersebut kepada pasangan tersebut.

Menurut Yugo, pemilik motosikal juga perlu bertanggungjawab atas kes tersebut. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI