fbpx

Manfaat internet dengan bijak – Raja Permaisuri Agong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tunku Azizah Aminah Maimunah (dua dari kiri) berkenan meninjau salah satu pameran ahli Pandu Puteri pada sambutan Hari Peringatan Pandu Puteri Sedunia peringkat kebangsaan di Gong Badak, Kuala Nerus, hari ini.

KUALA NERUS – Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menasihatkan anak gadis termasuk ahli Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM) agar bijak memanfaatkan internet.

Baginda yang juga Penaung Diraja PPPM bertitah, internet yang menghubungkan dunia tanpa sempadan perlu dimanfaat bagi perkara yang berfaedah sahaja.

“Pada zaman sekarang, semua maklumat boleh dicapai melalui hujung jari sahaja. Terserah kepada kita untuk menapis apa jua perkara dengan sebaik-baiknya.

“Jika penilaian kita positif, maka positiflah perkara itu jadinya namun jika negatif, maka negatiflah penilaian tersebut,'” titah baginda sewaktu merasmikan sambutan Hari Peringatan Pandu Puteri Sedunia peringkat kebangsaan di sini, hari ini.

Tunku Azizah Aminah Maimunah bertitah, semua pihak terutama anak gadis perlu sentiasa berwaspada terhadap
pengaruh negatif dan ancaman internet.

Baginda bertitah, program Surf Smart (Layar dengan Bijak) dilaksanakan PPPM adalah pendekatan terbaik bagi membimbing generasi muda terutama ahli-ahlinya agar kekal selamat sewaktu melayari internet.

“Program Surf Smart perlu dikongsi seluas-luasnya dalam kalangan ahli Pandu Puteri di seluruh negara.

“Mereka perlu dididik cara untuk berhubung secara positif dan selamat, melindungi diri daripada ancaman, menghormati hak dan reputasi diri sewaktu melayari internet,” titah baginda. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI