fbpx

Kes berita palsu meningkat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TEO Nie Ching (tengah) beramah mesra dengan pengunjung pada lawatan kerjanya di Medan Selera Stadium, Ipoh, hari ini.

IPOH – Jumlah kes sebaran berita palsu di negara ini menunjukkan peningkatan mendadak sebanyak 35 kes pada bulan lalu berbanding 48 kes direkodkan sepanjang tahun lalu.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital, Teo Nie Ching berkata, jumlah itu dilihat tinggi dan kebarangkalian untuk Suruhajaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menerima laporan berita palsu untuk disiasat pada tahun ini boleh mencapai lebih 350 kes.

“Sejak tahun 2020 hingga bulan lalu, jumlah kes disiasat SKMM adalah 444 kes. Bagi tahun lepas, hanya 48 kes sahaja dilaporkan tapi Januari tahun ini, nampak ada peningkatan kerana dalam tempoh sebulan, ada 35 kes telah disiasat.

“Jadi, berdasarkan tren ini, mungkin bagi sepanjang tahun ini kes yang disiasat akan capai lebih 350 kes,” katanya dalam sidang akhbar sempena lawatan kerja ke Perak di Medan Selera Stadium di sini, hari ini.

Menurut beliau, bagi memastikan kestabilan dan keharmonian negara tidak terancam, kementerian memberi fokus utama mengawal penyebaran berita palsu termasuk ucapan berunsur kebencian di media sosial.

Katanya, langkah itu termasuk melalui peranan dimainkan agensinya seperti Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Jabatan Penerangan serta kerjasama dengan penyedia media sosial untuk menurunkan segara kandungan yang tidak benar. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI