fbpx

Kereta penghantar barangan berlubang dipercayai dibom

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lubang pada kereta tersebut selepas terkena bahan letupan

SHAH ALAM – Seorang penghantar barangan dan parcel terkejut apabila kereta Perodua Myvi miliknya ‘dibom’ dalam kejadian di hadapan rumahnya di Padang Jawa, di sini baru-baru ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3.50 pagi pada 17 Februari lalu, bumbung kenderaan milik lelaki berusia 35 tahun tersebut didapati berlubang disyaki terkena bahan letupan.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, kejadian tersebut disedari isteri mangsa yang melihat percikan api di atas kereta tersebut sebelum memaklumkan kepada mangsa yang berada di ruang tamu rumahnya.

Katanya, selang dua minit kemudian mangsa kemudiannya keluar dari rumah untuk memeriksa dan mendapati pekarangan kediamannya dipenuhi asap sebelum menghubungi polis.

“Hasil siasatan mendapati bumbung Perodua Myvi berwarna kuning milik mangsa itu berlubang. Lubang itu dipercayai kesan gelombang letupan kerana kesan lekukan besi bumbung kereta yang masuk ke arah dalam,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Kata beliau, siasatan dan pemeriksaan pasukan forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor bersama forensik Bukit Aman dari unit Pemusnah Bom mendapati pembuatan bom adalah daripada individu yang mempunyai pengetahuan tentang bom.

Tambah Mohd. Iqbal, bahan letupan yang digunakan adalah jenis low explosive (serbuk belerang) dan teknik yang digunakan untuk menyebabkan letupan adalah teknik bakar kerana menjumpai sumbu dipercayai digunakan untuk memulakan letupan tersebut.

“Pemeriksaan dalam kereta pula tidak menjumpai apa-apa senjata atau benda asing lain. Seorang saksi kejadian iaitu jiran mangsa telah mendengar satu bunyi letupan yang kuat semasa kejadian.

“Setakat ini 10 saksi telah dirakam percakapan dan kes disiasat mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan. Sebarang maklumat boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat kes, Asisten Superintendan Mohammad Khairi di talian 012-2666025,” katanya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI