fbpx

Agong berangkat ke Abu Dhabi untuk lawatan khas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keberangkatan tiba Al-Sultan Abdullah di UAE disambut Sheikh Hamed Zayed. - IHSAN ISTANA NEGARA

PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat ke Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE) untuk lawatan khas selama tujuh hari.

Istana Negara dalam hantaran di Facebook memaklumkan, pesawat khas membawa Seri Paduka dan delegasi mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Abu Dhabi pada pukul 3.15 petang waktu tempatan (pukul 7.15 petang waktu Malaysia), semalam.

Keberangkatan tiba Al-Sultan Abdullah disambut Pengerusi Abu Dhabi Crown Prince’s Court Sheikh Hamed Zayed Al-Nahyan dan Duta Besar Malaysia ke UAE Datuk Seri Ahmad Fadil Shamsuddin. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI