fbpx

Mahkamah: Kontraktor didakwa guna penyata bank palsu tipu MBSA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sairi (kanan depan) ketika hadir ke Mahkamah Sesyen Shah Alam, hari ini. Foto oleh AFIQ RAZALI/ KOSMO!

SHAH ALAM – Seorang kontraktor mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini atas 12 pertuduhan termasuk pilihan dalam bersubahat pemalsuan penyata bank milik dua syarikat bagi menipu Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) untuk tender penyelenggaraan landskap, tahun lalu.

Tertuduh, Sairi Norhafi, 57, membuat pengakuan tersebut selepas kesemua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh.

Berdasarkan enam pertuduhan utama, Sairi didakwa telah bersubahat dan mengarahkan seorang lelaki memalsukan penyata bank milik dua syarikat yang bertarikh masing-masing 31 Oktober, 30 November dan 31 Disember 2021 bagi menipu MBSA.

Sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun dan denda mengikut
Seksyen 109 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 468 kanun sama.

Dia juga didakwa enam pertuduhan pilihan iaitu menggunakan penyata bank milik syarikat sama bagi tarikh-tarikh sama sebagai tulen yang diketahuinya adalah dokumen palsu dan telah bersuhabat dengan lelaki sama.

Kesalahan itu dilakukan mengikut 109 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 471 kanun sama dan boleh dihukum di bawah Seksyen 465 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Kesemua perbuatan itu dilakukan di Bahagian Tender dan Ukur Bahan MBSA pada 25 Januari dan 10 Mac tahun lalu.

Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) A. Kalavani menawarkan jaminan RM40,000 bersama seorang penjamin dengan syarat tambahan perlu melaporkan diri di pejabat SPRM berdekatan pada setiap awal bulan dan menyerahkan pasport kepada mahkamah.

“Kesalahan tertuduh ini melibatkan dua projek landskap masing-masing bernilai RM487,070 dan RM511,000.

“Tertuduh juga telah dibayar hampir RM19,000. Mohon satu jaminan yang setimpal mengambil kira tahap keseriusan kes,” jelasnya.

Peguam Datuk Ahmad Zaharil Muhaiyar mewakili tertuduh memohon jaminan dikurangkan kepada RM20,000 dan tidak membantah syarat-syarat tambahan yang ditawarkan pihak pendakwaan.

Mahkamah kemudiannya membenarkan semua permohonan termasuk syarat tambahan daripada pihak pendakwaan.

Sebutan semula kes pada 15 Mac depan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI