fbpx

Belanjawan 2023: RM50 juta baik pulih rumah ibadat bukan Islam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kuil Sri Maha Mariamman Devasthanam. - Foto oleh ZULFADHLI ZAKI/ KOSMO!

PETALING JAYA – Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM50 juta bagi menyelenggara dan membaik pulih rumah ibadat bukan Islam di seluruh negara.

Perkara itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Parlimen hari ini.

Selain itu, menurut Anwar, bagi meraikan kepelbagaian dan merapatkan jurang perbezaan, sejumlah RM50 juta juga disediakan bagi menggerak pelbagai program antaranya Kembara Perpaduan Malaysia Madani dan Ini Warisan Kita.

“Program ini akan menggerakkan pelbagai aktiviti perpaduan dan integrasi sosial antara komuniti seperti liga sukan perpaduan, pertandingan kebudayaan, fiesta perayaan dan cita rasa menu,” ujarnya.

Dalam pada itu, bagi memupuk perpaduan di samping mengangkat peranan ibu bapa, komuniti dan pertubuhan bukan kerajaan dalam pembangunan anak-anak di sekolah, kerajaan turut bersetuju menyediakan RM20 juta untuk melaksanakan program gotong-royong di semua sekolah seluruh Malaysia. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI