fbpx

Mahkamah: Remaja dimandi ‘jenazah’ curi wang tabung lagi, dihantar ke Sekolah Henry Gurney

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Daniel Iskandar ketika hadir di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada tahun lalu.

SELAYANG – Seorang remaja lelaki yang tular dimandikan seperti ‘jenazah’ kerana mencuri tabung masjid diperintah dihantar ke sekolah Henry Gurney oleh Mahkamah Majistret di sini semalam atas pertuduhan mencuri lagi wang tabung sebuah surau pada Disember tahun lalu.

Majistret Nur Hafizah Rajuni memerintahkan demikian selepas tertuduh Daniel Iskandar, 20, mengaku bersalah atas pertuduhan yang disabitkan selain meneliti semua rayuan pihak-pihak termasuk laporan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

“Tertuduh merupakan pesalah muda dan mahkamah merujuk kepada Seksyen 293(1)(d) Kanun Tatacara Jenayah dan Seksyen 91(1)(f) Akta Kanak-Kanak 2001 dimana tertuduh dihantar ke Sekolah Henry Gurney sehingga mencapai umur 21 tahun (tahun depan),” kata Majistret Nur Hafizah.

Mahkamah turut memerintahkan remaja itu dihantar ke Sekolah Henry Gurney, Telok Mas, Melaka bermula semalam.

Mengikut pertuduhan, Daniel didapati mencuri wang sebanyak RM74 daripada tabung milik surau Al Munir Batu 17 Kuang, Rawang pukul 12.44 tengahari pada 5 Disember 2022.

Berikutan itu pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan hukumem peruntukkan penjara maksimum 10 tahun dan boleh juga dikenakan denda.

Semasa prosiding, Timbalan Pendakwa Raya Wan Nur Iman Wan Ahmad Afzal memohon hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada tertuduh supaya tidak melakukan kesalahan sama.

Bagaimanapun peguam Suhaida Mohd. Sobri dari Jabatan Bantuan Guaman (JBG) Selangor yang mewakili Daniel memohon hukuman ringan dengan mengambil kira laporan sosial yang dibacakan oleh wakil JKM selain anak guamnya merupakan pesalah muda serta telah insaf.

“Sebelum ditangkap tertuduh bekerja di bengkel kereta, dan dijaga oleh datuknya. Ibu bapa tertuduh telah bercerai selain tertuduh merupakan anak sulung daripada tiga beradik yang mana salah seorang adalah Orang Kelainan Upaya (OKU),” katanya.

Dalam pada itu, pegawai JKM Mohamad Hanafi Sedi memohon supaya Daniel diperintah dihantar ke sekolah tersebut sehingga mencapai 21 tahun.

Sebelum ini, pada 13 Januari tahun lalu, remaja itu pernah di hukum penjara 10 hari dan didenda RM4,000 kerana mencuri tabung kepunyaan Masjid Al Islahiah dengan mengheret dan menyorokkan tabung di dalam bilik mandi jenazah.

Kesalahan itu dilakukan di Masjid Al Islahiah Kilometer (km) 28 Kuang, Rawang di sini pukul 11.58 malam pada 8 Januari 2022.

Kemudian pada 17 Januari 2022Mahkamah Tinggi Shah Alam mengenepikan hukuman yang dikenakan Mahkamah Majistret Selayang.

Hakim Datuk Abdul Halim Aman sebaliknya menggantikan kepada hukuman itu kepada khidmat masyarakat selama 120 jam dalam tempoh enam bulan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI