fbpx

Tiga remaja bawah umur dituduh rogol kanak-kanak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tiga juvana dituduh di Mahkamah Majistret Bahau, hari ini atas pertuduhan merogol seorang kanak-kanak di sebuah hotel di Bahau, hujung bulan lalu. Foto oleh NOR AINNA HAMZAH/ KOSMO!

JEMPOL – Tiga juvana dituduh di Mahkamah Majistret Bahau, di sini, hari ini atas pertuduhan merogol seorang kanak-kanak di sebuah hotel di Bahau, hujung bulan lalu.

Seorang daripada tertuduh juvana berusia 16 tahun dituduh di bawah Seksyen 376(2)(d) Kanun Keseksaan, manakala, dua lagi juvana berusia 17 dan 14 tahun dibaca pertuduhan secara bersama dituduh di bawah Seksyen 375B Kanun Keseksaan.

Kesemua juvana berkenaan membuat pengakuan tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret, Norshazwani Ishak.

Berdasarkan pertuduhan, juvana berusia 16 tahun itu, pada 29 Januari lalu di dalam sebuah hotel di Bahau, telah merogol mangsa yang ketika itu berusia 12 tahun 10 bulan tanpa kerelaannya.

Kesalahan itu dilakukan antara pukul 3 pagi hingga 1 petang di hotel tersebut.

Pendakwaan dijalankan oleh Pegawai Pendakwa, Inspektor Baharudin Bam Bam, manakala dua tertuduh diwakili peguam, Datuk Abu Bakar Isa Ramat.

Majistret kemudiannya menetapkan jaminan sebanyak RM6,000 bagi setiap tertuduh dan kes disebut semula pada 22 March ini.

Difahamkan, esok, empat lelaki termasuk dua juvana 17 dan 14 tahun berkenaan akan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di Seremban atas kesalahan merogol mangsa yang sama. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI