fbpx

Tidak naik diam-diam, tarif baharu IWK sudah dimaklumkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nik Nazmi bercakap ketika berucap pada Majlis Perasmian Loji Rawatan Kumbahan Berpusat Langat dan Taman Eko Langat, hari ini.

KAJANG – Kenaikan caj bulanan atau tarif bagi perkhidmatan pembetungan bersambung dan mengosongkan tangki septik untuk kategori domestik tidak dilaksanakan secara diam-diam malah telah dimaklumkan kepada pengguna pada September tahun lalu.

Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, keputusan menetapkan tarif baharu di bawah Indah Water Konsortium (IWK) itu telah dibuat kerajaan terdahulu yang dipimpin Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“(Naik secara diam-diam) itu tidak betul kerana keputusan menaikkan harga telah dibuat oleh kerajaan terdahulu.

“Cuma mungkin waktu itu belum dapat bil dan ia berkuat kuasa mulai 1 Januari 2023. Namun, saya faham apabila bil itu sampai, perkara itu menjadi tular,” katanya pada sidang akhbar Majlis Perasmian Loji Rawatan Kumbahan Berpusat Langat dan Taman Eko Langat, di sini hari ini.

Mengulas lanjut beliau berkata, kenaikan itu juga dibuat untuk menampung peningkatan kos operasi dan penyelenggaraan sistem pembetungan awam.

“IWK juga dalam proses transformasi kerana sebelum ini kewangan mereka dalam keadaan kritikal tetapi sekarang dalam proses menjadi semakin baik.

“Namun, kos yang dibayar masih agak rendah dan di bawah kos operasi. Jadi keputusan ini membolehkan kita menyelia pembetungan sebaik mungkin kerana kita tidak mahu ada masalah lagi pencemaran yang boleh memberi impak kepada bekalan air,” ujarnya.

Terdahulu, media melaporkan segelintir pengguna meluahkan rasa kurang senang selepas menyedari perlu membayar kira-kira 25 peratus lebih tinggi dari biasa bagi caj perkhidmatan pembetungan bulanan.

Bagaimanapun, kerajaan sebelum ini telah mengumumkan tarif bagi perkhidmatan terbabit akan diselaraskan bermula 1 Januari 2023.

Difahamkan, tarif baharu itu dinaikkan daripada RM8 ke RM10 untuk perkhidmatan domestik selepas 28 tahun mengekalkan tarif yang sama, namun dikecualikan bagi pengguna rumah kos rendah, rumah kampung dan estet. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI