fbpx

UDA, Mara Inc. jalin kerjasama pacu industri pengurusan fasiliti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Salem (dua kiri) dan Jualinie (dua kanan) menyaksikan Hasnizi Pauzi (kiri) menukar dokumen Terma Induk bersama Faizul Idzhar (kanan) selepas menandatangani kerjasama antara UDSB dengan MARA Inc. di Ibu Pejabat UDA hari ini. - Foto oleh FARIZ RUSADIO/ KOSMO!

KUALA LUMPUR – UDA Holdings Berhad (UDA) menerusi anak syarikatnya UDA Dayaurus Sdn. Bhd. (UDSB) menjalinkan kerjasama menerusi permeteraian terma induk dengan Mara Incorporated Sdn. Bhd. (Mara Inc) dalam mengembangkan cabang perniagaan pengurusan fasiliti.

Ketua Pegawai Eksekutif UDA, Datuk Sr. Mohd. Salem Kailany berkata, kerjasama antara UDSB dan Mara Inc. adalah langkah strategik untuk memacu perniagaan pengurusan fasiliti menerusi tiga tunggak utama.

“Antaranya pengurusan fasiliti bersepadu, perkhidmatan perundingan pengurusan fasiliti dan audit fasiliti,” katanya ketika berucap pada Majlis Menandatangani Terma Induk kerjasama antara UDSB dan Mara Inc di Ibu Pejabat UDA di sini, hari ini.

Terdahulu, kerjasama terma induk itu ditandatangani oleh Ketua Pegawai Operasi UDSB, Hasnizi Pauzi dan Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Mara Inc, Faizul Idzhar Ahmad Yazi yang disaksikan Mohd. Salem dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Mara Corporation (Mara Corp) Datuk Julainie Mohd. Salleh.

Menurut Mohd. Salem, langkah proaktif itu juga selari dengan agenda negara Malaysia MADANI iaitu ‘Pemerkasaan Pengurusan Projek Strategik’.

“UDA selaku peneraju perkhidmatan pengurusan fasiliti yakin mampu mempertingkat mutu bangunan Mara serta memberi nilai tambah menerusi perkhidmatan berkualiti tinggi seperti pelaksanaan inisiatif penjimatan tenaga dan Kontrak Prestasi Tenaga (EPC).

“Dalam Rancangan Malaysia Ke-12, dijangkakan tenaga boleh diperbaharui (RE) akan menyumbang sebanyak 31 peratus daripada jumlah kapasiti tenaga Malaysia menjelang 2025.

“Justeru, UDA optimis untuk terus memanfaatkan kepakaran UDSB dalam industri pengurusan fasiliti dengan meneroka peluang baharu seperti tenaga solar (RE), EPC dan sistem bangunan pintar,” ujarnya.

Tambahnya, usaha tersebut juga seiring dengan penjenamaan baharu UDA iaitu ‘LIFE’ yang memfokuskan kepada kelestarian atau kelangsungan dalam kehidupan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI