fbpx

Hwasa bikin peminat teruja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HWASA

ANGGOTA kumpulan Mamamoo, Hwasa seakan memberi kepastian kepada peminat bahawa dia bakal muncul dengan album baharu tidak lama lagi semasa menghadiri acara penutupan MIK Festival 2023 di Perancis.

“Maria akan menjadi lagu terakhir dipersembahkan pada acara ini dan saya berjanji akan kembali dengan album terbaharu kelak,” katanya semasa melakukan persembahan.

Apa yang diucapkan penyanyi itu sekali gus menyebabkan peminat tidak senang duduk menantikan buah tangan terbaharunya selepas sekian lama.

Keterujaan peminat semakin membuak-buak memandangkan jika mana-mana ahli Mamamoo bercakap tentang album atau single baharu, itu bermakna projek tersebut hampir siap.

Bagaimanapun, berita tersebut juga membuatkan peminat tertanya-tanya sama ada itu merupakan kemunculan solo Hwasa atau penampilan penuh sebagai sebuah kumpulan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI