fbpx

Alami ‘phimosis’, Nik Aish tidak kesampaian melangkah ke alam dewasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang bapa menenangkan anaknya ketika berkhatan pada Program Berkhatan Perdana di Masjid Tengku Mahkota Abdullah (MTMA) Jerantut, semalam.

JERANTUT – Hasrat seorang kanak-kanak melangkah ke alam dewasa dengan berkhatan belum kesampaian apabila disahkan mengalami ‘phimosis’.

Perkara itu disahkan oleh kakitangan perubatan sewaktu Nik Aish Nik Mohd. Ersyad Afifi, 7, mahu berkhatan pada Program Berkhatan Perdana di Masjid Tengku Mahkota Abdullah (MTMA) Jerantut di sini, semalam.

Nik Aish berkata, dia telah bersiap sedia mental dan fizikal selepas dipanggil sebagai peserta kelompok pertama untuk dikhatankan.

“Bapa saya memberitahu proses dan keperluan berkhatan untuk tujuan kesihatan. Malah, ibu saya turut memberikan minum air zam-zam untuk mengelakkan rasa gugup.

“Sebagai seorang lelaki muslim, perlu melalui proses ini untuk menjadi dewasa dan saya sudah bersedia. Walaupun ada rakan memberitahu sakit berkhatan bagai gigitan semut,” katanya yang agak hampa selepas keluar dari bilik program tersebut.

‘Phimosis’ ialah masalah kelainan pada kemaluan lelaki yang belum bersunat yang mana berlaku kulit kepala kemaluan melekat pada zakar.

Sementara itu, Pegawai Kesihatan Daerah Jerantut, Dr. Amir Faisal Mohd. Khairi berkata, memang terdapat kanak-kanak yang menghadapi ‘phimosis’ iaitu masalah kelainan pada kemaluan lelaki yang belum disunat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI