fbpx

5 PATI Myanmar kendali bot nelayan tempatan ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota APMM ketika menahan lima warga Myanmar yang mengendalikan bot nelayan tempatan di Pulau Kendi semalam.

GEORGE TOWN – Maritim Malaysia (APMM) Pulau Pinang menahan sebuah bot yang dikendalikan lima pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar di kedudukan 42.3 batu nautika barat laut Pulau Kendi, dekat sini semalam.

Pengarah Maritim negeri, Kepten Maritim Abd Razak Mohamed berkata, penahanan itu dilakukan ketika rondaan rutin OP PERTIWI dan OP TANJUNG kira-kira pukul 10.30 pagi.

Menurutnya, bot nelayan tempatan kelas C itu ditahan ketika sedang melakukan aktiviti perikanan menggunakan pukat tunda.

“Bot itu dikendalikan seorang tekong dan empat kru warga Myanmar. Hasil pemeriksaan lanjut, mereka gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah serta surat kelulusan bertulis atau permit kerja dari Ketua Pengarah Perikanan.

“Mereka disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah dan Akta Perikanan 1985 kerana melanggar syarat sah lesen iaitu pemilik bot menggunakan warga asing tanpa kebenaran,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau memberitahu, bot serta kesemua kru ditahan termasuk 300 kilogram hasil laut dibawa ke Jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Batu Maung untuk diserahkan kepada pegawai penyiasat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI