fbpx

Minat beli hartanah makin menurun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Permohonan bagi pembiayaan hartanah merekodkan kemerosotan untuk bulan keempat berturut-turut pada Disember lalu, berdasarkan data Bank Negara Malaysia.

Firma penyelidikan pasaran, MIDF Research dalam nota kajian yang diterbitkan semalam berkata, permohonan pada Disember 2022 merosot sebanyak 6.5 peratus bulan ke bulan, daripada penurunan tiga peratus yang direkodkan pada November.

“Kami melihat penurunan berterusan dalam permohonan pinjaman mungkin disebabkan oleh kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada bulan September dan November yang mengurangkan minat membeli akibat ansuran bulanan yang lebih tinggi.

“Selain itu, kekurangan insentif untuk pembelian hartanah turut menyebabkan minat terus berkurangan.

“Pada asas tahunan, permohonan pinjaman jatuh 26 peratus pada Disember 2022 selepas penurunan mendadak 21 peratus pada November apabila minat membeli hartanah kembali normal daripada lonjakan permintaan selepas pembukaan semula ekonomi pada 2021,” ­katanya.

Pada masa sama, jumlah pembiayaan hartanah yang diluluskan menurun sedikit sebanyak satu peratus bulan ke bulan pada Disember lalu, selepas menyaksikan penurunan 12 peratus pada November disebabkan peratusan kelulusan yang lebih tinggi.

Pada asas tahunan, jumlah pembiayaan diluluskan jatuh 18 peratus pada Disember 2022 selepas turun 15 peratus pada ­November.

“Kami melihat penurunan sebanyak dua angka selama dua bulan berturut-turut tidak memberi petanda baik untuk prospek jualan baharu bagi pemaju, namun pemberhentian dalam kenaikan OPR adalah positif buat industri ketika pembeli hartanah masih mencerna beberapa kenaikan pada tahun lalu.

“Kami suka syarikat yang memberi tumpuan kepada hartanah mampu milik memandang­kan segmen ini terus menyaksikan permintaan berdaya tahan daripada pembeli rumah kali pertama, seperti Kumpulan Mah Sing dan Glomac Berhad,” kata­nya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI