fbpx

[VIDEO] Anjing K9 selamatkan Muhammad Rayyan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mangsa berjaya dijumpai dalam keadaan selamat oleh anjing pengesan Unit K9 Bomba bernama Daisy di kawasan ladang kelapa sawit, setelah kira-kira 23 jam hilang.

SEMATAN – Khidmat anjing pengesan bernama Daisy dari Unit K9 Bomba berjaya menemukan kanak-kanak lelaki berusia dua tahun yang hilang di kawasan Kuari Batu Perigi di sini, sebentar tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Sarawak Henderi Ardimansyah berkata Muhammad Rayyan Bujang Abdul Qayyum dijumpai selamat kira-kira pukul 1 tengah hari di kawasan ladang kelapa sawit, selepas kira-kira 23 jam hilang.

“Mangsa dijumpai pada radius dua kilometer dari Pos Kawalan Bomba (PKB) oleh Unit K9 Bomba (Daisy) dan seterusnya diserahkan kepada keluarganya,” katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, khidmat Daisy digunakan dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang diteruskan hari ini, dengan memulakan operasi dengan radius pencarian satu hingga tiga kilometer di kawasan ladang sawit.

Operasi turut melibatkan pasukan polis, Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan orang awam.

“Pasukan penyelamat memulakan operasi SAR di sekitar kawasan ladang kelapa sawit.

“Pencarian diperluaskan oleh pasukan penyelamat yang dibahagikan kepada dua pasukan dengan kaedah ‘base line method’ dalam radius tiga kilometer dari lokasi mangsa dikenal pasti hilang,” katanya.

Muhammad Rayyan dilaporkan hilang pada petang semalam ketika bersama ibunya menunggu bapanya pulang bekerja di pondok Kuari Batu Perigi.

Mangsa kali terakhir dilihat oleh ibunya sedang bermain di luar kawasan pondok di belakang rumah kongsi di kuari berkenaan.

Setelah menyedari mangsa tiada, ibu mangsa bergegas mencarinya dengan bantuan suaminya serta beberapa pekerja kuari berkenaan namun masih gagal menjumpai kanak-kanak itu. – KSOMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI