fbpx

Warga emas ditemui mati dalam rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wan Khatijah melihat keadaan rumah adiknya yang ditemui mati dalam kejadian di Kampung Pintu Geng, Kota Bharu hari ini. Foto oleh ROHANA MOHD. NAWI / KOSMO!

KOTA BHARU – Seorang lelaki warga emas tidak sempat menjamah nasi berlauk untuk sarapan pagi yang dibawa oleh adiknya selepas ditemui mati di hadapan pintu tandas rumah di Kampung Pintu Geng di sini hari ini.

Mangsa, Fakri Mohamad,63, dijumpai dalam keadaan tidak sedarkan diri oleh adik lelakinya, Fadilah Basiron, 55, yang tinggal bersama warga emas itu semasa membuka pintu bilik mangsa kira-kira pukul 7.30 pagi tadi.

Kakak arwah, Wan Khatijah, 65, berkata, Fadilah memaklumkan kepadanya bahawa Fakri sudah meninggal dunia selepas ditemui rebah di depan tandas.

Menurutnya, dia yang tinggal berhampiran rumah mangsa, terus bergegas ke lokasi kejadian sebelum meminta Fadilah menghubungi Klinik Kesihatan Wakaf Che Yeh di sini.

“Arwah Fakri disahkan meninggal dunia oleh pegawai kesihatan yang tiba di rumah itu. Mayatnya kemudian dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II di sini oleh pihak polis untuk pemeriksaan lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd. Rosdi Daud berkata, siasatan awal di lokasi kejadian mendapati kematian mangsa tidak melibatkan unsur-unsur jenayah.

Katanya, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan siasatan lanjut masih diteruskan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI