fbpx
Pengguna yang tidak bertanggungjawab membuang sampah di sepanjang laluan LTU dari Lipis ke Gua Musang.

Tiada tandas, tempat rehat punca CSR berbau busuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LIPIS – Kotor dan menjijikkan. Itulah keadaan di beberapa lokasi di Lebuh Raya Lingkaran Tengah Utama (LTU) atau Central Spine Road (CSR) dari Kuala Lipis, Pahang ke Gua Musang, Kelantan yang dipenuhi sampah serta berbau busuk.

Tinjauan Kosmo! di kawasan berkenaan mendapati, sampah sarap terutama plastik dan ­polistirena dibuang serta longgokan sampah yang bertimbun di tepi jalan yang dijadikan lokasi ‘rehat’ pengguna jalan raya di laluan le­buh raya tanpa tol itu.

Malah, bau busuk juga menusuk ke hidung apabila bukan sahaja bau sampah, tetapi juga najis manusia yang ‘bersepah’ di tepi jalan, selain bau hancing.

Semasa tinjauan juga, terdapat beberapa lori yang berhenti di tepi jalan yang mana peman­dunya dilihat membuang air kecil di tepi jalan.

Seorang penduduk tempatan, Ahmad Nazri Shahbudin, 40, berkata, masalah sampah di beberapa lokasi di lebuh raya berkenaan telah lama berlarutan sehingga mewujudkan persekitaran yang kotor.

Katanya, ketiadaan kawasan rehat atau hentian di lebuh raya berkenaan menjadi punca kepada masalah sampah dan najis yang mengotorkan laluannya.

“Memang tidak dinafikan ramai yang berhenti di sini dan kalau sakit perut atau hendak ken­cing memang tidak boleh tahan dan sudah tentu mereka tidak ada pilihan.

“Selagi tiada tempat rehat atau hentian, perkara ini sukar diatasi. Diharap pembinaan kawasan rehat dapat disegerakan,” katanya.

Dalam pada itu, seorang pemandu lori yang dikenali sebagai Joe berkata, dia yang sering berulang alik ke Kelantan atas urusan kerja berharap kawasan rehat dapat dibina di laluan itu untuk kemudahan pengguna.

Katanya, bagi pemandu lori sepertinya, dia tiada pilihan lain lagi selain berhenti di tepi jalan untuk membuang air kecil.

“Saya lihat kalau musim cuti lagi teruk apabila keadaan kereta yang banyak dan jalan sesak menyebabkan lebih ba­nyak sampah serta ramai yang ‘membuang hajat’ di tepi jalan,” katanya.

Sementara itu, seorang pengguna, Ahmad Tarmizi Abdul Rahim, 48, berkata, dia sudah lama tidak menggunakan laluan itu, sebaliknya menggunakan laluan Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) untuk pulang ke kampungnya di Kelantan.

Katanya, selain dapat mengelakkan kesesakan teruk, laluan LPT1 lebih selesa kerana mempunyai kawasan rehat dan tandas, selain surau.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN