fbpx

Rakyat Malaysia harap Denti, Frankie dalam keadaan sihat di Turkiye

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ebit bergambar bersama anjing pengesan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia iaitu Denti dan Frankie di Turkiye.

PETALING JAYA – Rakyat Malaysia mengharapkan anjing pengesan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Denti dan Frankie sentiasa dalam keadaan sihat ketika menjalankan tugas operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa gempa bumi Turkiye.

Melalui hantaran yang dikongsikan oleh penceramah bebas Ustaz Ebit Lew di akaun Facebook miliknya memberitahu beliau yang kini berada di Turkiye sempat bertemu dua hero berkenaan ketika menjalankan misi bantuan mangsa gempa bumi.

“Dapat bergambar dengan Frankie dan Denti banyak berjasa mencari mangsa di Ulu Yam dan kini di Turkiye,” katanya.

Kebanyakan rakyat Malaysia yang menjengah ke ruangan komen Ebit meminta agar kedua-dua ‘Hero Batang Kali’ untuk sentiasa kekal sihat dalam misi mencari mangsa di negara berkenaan.

“Memang dua ekor anjing tu adalah wira menyelamat dan mencari mangsa di Malaysia oleh pasukan bomba malaysia tetapi sekarang , satu dunia pun dah tahu ,mencari mangsa gempa bumi di Turkiye.

“Anjing tu sanggup terbang ke merata satu dunia untuk menyelamat mangsa tanpa kira kaum dan agama… itulah wira empat kaki Malaysia , kena tabik,” kata Jaya Javen.

“Semoga pasukan bomba kita dipermudahkan urusannya, harap juga Denti dan Frankie pun sihat dan gembira di sana,” kata Imran

“Terbaik Frankie dan Denti, jasa keduanya amat dihargai, diharapkan kedua-duanya dalam keadaan sihat..pulang cepat ke tanah air, kami juga rindu kamu berdua,” kata Hanisiyah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI