fbpx

4 dekad sibuk bekerja, Aamir Khan mahu bercuti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AAMIR KHAN

SELEPAS empat dekad bergelar pelakon, Aamir Khan mengumumkan akan bercuti selama setahun setengah bagi memberi tumpuan terhadap keluarga dan diri sendiri.

Bapa kepada tiga cahaya mata itu mendedahkan sudah tiba masa untuknya fokus kepada perkara penting yang selama ini diletakkan ke tepi disebabkan kesibukan pembikinan dan promosi filem.

“Sepanjang 35 tahun ini saya tidak punya waktu rehat yang sebenarnya, selain tetap memikirkan kerja yang tiada penghujung.

“Inilah masanya untuk saya penuhkan waktu dengan ibu dan anak-anak serta lakukan perkara yang saya ingini tanpa sebarang gangguan,” katanya.

Kali terakhir aktor berusia 57 tahun itu tampil sebagai bintang utama di layar perak adalah menerusi Laal Singh Chadda yang dikatakan filem Forest Gump versi Bollywood.

Begitupun, kutipan filem tersebut yang didakwa sesetengah pihak tidak mencapai ramalan dikatakan antara punca yang mencetuskan kekecewaannya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI